Search Th|s Blog

Short Holiday & banjir  

Sunday, November 7, 2010

Cuti skolah panjang thn ni i planned nak sunatkan Syamil n Syahmi. So most probably seminggu dua start cuti tu xleh ke mana2 la. So dah mintak Abg book kan resort opis dia kat Langkawi utk cuti Deepavali ni simce it falls on Friday, so it will be long weekend.
Apakan daya. Betul kata orang kita merancang, Allah tentukan. This plan will include my BIL's family yang stay kat Alor Setar. So a week ke few days before Deepavali kedah dah start hujan n few places banjir. So hv to cancel the plan. Takpe la, Langkawi tak lari ke mana. Next time boleh lagi. So Rabu mlm lepas i called kak ain nak tanya khabar diorg kat sana. Rupanya ablong dah 2 hari takleh gi keje due to banjir nak gi opis nye. So borak macam2 la mlm tu.
Pagi esoknya ablong call time kami tgh siap2 nak gi keje. Umah diorg dh naik air. Tak penah2 banjir area tu since Abah Mak duduk sana dulu kali ni banjir. Teruk la tu. Hope tak lama and as at today air dah surut but ada sekaki lagi la airnya. Habis suma kerusi meja reput. Washing machine and fridge abih hanyut terapung. Sabar la tempuhi dugaan. Selama ni dok tgk org lain je jadi mangsa banjir. Kali ni family sendiri.
For us kt kl ni ok alhamdulillah. So last minute plan, bawak la kiddos gi PD and stay for one nite. Seronok tgk Hana mandi, stok yang memang tak takut air punya. Rugi x amik video huhu.
Malam tu plan baek punya nak gi makan memacam seafood. Skali Abg tetiba demam plak. So makn biasa2 je goreng2. Pagi tu before chk out gi la bawak kiddos mandi but Hana n Adib tak ikut coz tak bangun lagi. Tak syiok sgt la ciz Abg dok rest lagi kat bilik. Before 12 dah gerak balik kl.
Kerija menanti. Huhu....oh ya. Skang ni dah buat bisnes jual cheese tart ngan neni. So ahad is hari buat kuih huhu. Ok la tu, holiday sikit2 dah. Budget pon ciput jek :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Berzaman zaman  

Tuesday, October 26, 2010

Wahhh dah bersawang2 blog ni tak berupdate. Sori la ye blog, tak nyempat nak mengupdate.
Skang ni agak busy ngan keje yang sentiasa berlambak kt opis tu. Plus skang ni i buat bisness kecik2 ngan neni jual cheese tart. Order yg nak dibuat skang untuk jualan amal cahaya kasih kt opis esok.
Kira kali pembahagian tugas tu neni masak n i promote. But now we oso selling tart shell. So that part i and Abg la ngamik. Mcm ni sambil2 tunggu last set of tart shell nak siap dibakar, sempat la cuci sawang2 kat blog ni huhu.
Next there will be more pics on my tarts.....tungguuuuuuuu



- Posted using BlogPress from my iPhone

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Birthdays di bulan posa  

Monday, August 16, 2010

August is birthday month utk familiku. Mana taknya, selain our anniversary on 31st, Abbas nye bday on 13th, Abg on 15th and Syamil on 16th. Berderet-deret, bukan setakat sebulan yang sama.
So minggu nih berbuka then lepas terawih makan kek dua malam berturut. Memula kat umah mama then semalam kat umah mak.
Abg, happy bday. May Allah always bless u n love u forever....
Utk Abbas n Syamil, hepy bday. Semoga jd anak yg soleh n baik. Jgn tinggal solat n posa tau. Mama love u both so much muahhhsss.




AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan kembali  

Ramadhan kembali lagi. Ni dah second day posa. Alhamdulillah so far my 3 heroes posa fullday.
Mcm biasa bila Ramadhan menyinggah je mood nak memasak tu automatically datang.
Mlm tu semangat lps solat terawih terus gi carrefour beli bahan-bahan nak masak. Terasa macam shopping kat Mekah plak dengan telekung jek gi shopping. I dont care asal dpt barang yg dihajatu hihi.
Alhamdulillah as at today (updated on 6th Ramadhan) dh buat ayam percik dua kali, kari ayam n ketam masak merah. Dlm list ni hajat nk buat tomyam n sambsl tempe.


Sibuk mengisi barang nampak hihi.



Adik cashier tu siap tanya baru balik terawih ke. Ye la dik ooiii. Takkan la balik keje pakai gini hahaha.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Indah 1,Ampang,Malaysia

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Exam oh exam  

Thursday, August 5, 2010

Udah lama banget tak ngambik exam. Dah berkarat rupanya otakku ini. Skang ni nak study punya la berchenta. Apalagi bila nak study je Adib sibuk la nak dok atas riba la, mintak nak tengok youtube la huhu.
Selasa sampai today i attended a technical conference. Each participant dapat 2 free seating worth usd200 on each. So i amik la opportunity nak amik exam. Semlm dah dapat la certified but cikai nye la. Today plan nak amik yang intermediate, ramai plak orang nak amik exam on the last day ni. Alhamdulillah lulus even not good as yesterday paper.
From this i can conclude that otakku ini masih boleh sambung study ahaks. So now im adv certified la kununnya hihi. One more paper so leh jadi fully certified and can take the upgrade. But nampak gaya kalo nak gak kena kuar fulus sendiri la. Tgk la boleh masuk dalam budget ke tak. Apa2 pon alhamdulillah syukur.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:First Avenue,Petaling Jaya,Malaysia

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Gunting menggunting  

Dah lama acara ni not handled by me hehe. Hari tu Abbas dah complaint pengawas skolah dia suruh gunting rambut. Mana taknya masa cuti skolah ari tu pi gunting rambut ngan pak long dia siap ada remos bagai. Ha skangni hamik ko dah kena sound ngan prefect huhu.
So semlm gi carre4 n gunting rambut suma. Syahmi and Syamil ada hati nak dok kat keta mainan utk gunting rambut. But at last dapat gak kat Syamil. Adik keje kt situ bagi green light la plak. Suka la tuh.











- Posted using BlogPress from my iPhone

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Cuti pendek  

Wednesday, August 4, 2010

Last Friday we all went to Alor Setar. Sebelum ni mmg tak penah sampai lagi kt rumah sana. So since Ablong dah dok sana and lps balik umrah pon mmg tak jumpa diorg lagi, we decided nak gi sana kejap. Mmg percutian yang sgt pantas hehe. Macam touch n go je.
Friday nite tu dah kul 12(still kira friday ke huhu) baru gerak. After 2 kali berenti tido, kat Ladang Bikam n Sg Dua, at last sampai Alor Setar nk dekat kul 6 pg.
Sampai tu after subuh apalagi, tido la dulu. Kiddos pon tido keletihan sakit badan kot. Even sepanjang perjalanan depa dok tido jek.
Tgh hari tu i n Abggi pekan rabu. Nape dinamakan rabu ek. Agaknya dia start beroperasi hari rabu kot. Budget nak beli satu dua barang je. End up byk plastik gak la. Biasa la kan, berpinar mata tgk macam2 brg hihi.
Balik tu rehat jap then terus gerak gi Padang Besar. Kat sana pon mmg takde nak beli any specific things. But bebudak nak baju jersey la, toys la. Kopak gak la.
Then malam yang ditunggu2 hehe. Kak Ain ada aktiviti kat skolah. So lps dia balik dari skolah dalam kul 9.30 kami gerak to Kuala Perlis for dinner. Mmg best la makan. But after dah makan suma baru realized that satu gambo pon takde amik huhu. Camana boleh tak amik gambo ish ish.
Next morning dah gerak balik KL. Tu yang mmg macam touch n go. Next time kena amik cuti panjang sket and boleh la lajak ke Langkawi hihi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Anuar vs Anwar  

Tuesday, August 3, 2010

Its dinner time again. Last year i cannot make it coz masa tu i went thru a minor operation before delivered to Hana.
This year 'wajib' pegi coz there's Anuar Zain hehe. Actually takde la minat sgt kat dia but saje nak havoc je hihi. This year tak penah dibuat pegi depan stage amik gambar artis. Maybe becoz our table dekat ngan stage so senang je nk reach.



But yang tak best is the food. Normally we chose chinese food but this year saje je nak try western food. Dia nye combination kureng for me la. Abg pon kata gitu. So next year musr be back to chinese food huhu.









But even food dia suck, but lps tengok Anuar Zain nyanyi teru kenyang. Apa2 pon Abg Anwar ku tetap di hati hihi.



AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Fizah, UIA and Shell  

Thursday, July 15, 2010

Alhamdulillah hari yang mama discharge ari tu dapat tau result dia and she got 3.91. congrats dik...

petang sket dia dpt call from Shell. dia ada applied for shell nye scholar....alhamdulillah dia dapat offer. byk gak shell bagi duit bulan2...fizah, leh la open table hehehehe....

So, double joy for her and us too.....kira triple for that day plus mama discharge from hospital....

ALHAMDULILLAH......

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Mama dan hospital  

Wednesday, July 14, 2010

Last week mama admitted to APSH. Last time mmg mama ada batu karang dalam buah pinggang but tak la serious. Dr kata batu tu kecik jek, so leh makan ubat and it will disolve. tapi lately nih mama selalu sakit perut. Ari tu after balik umrah mama, papa n fizah balik kg. Suppose diorg balik on Wed (balik sana on Monday) but terpaksa delay sehari coz mama tetiba sakit perut.

So bila dah balik kl papa bawak mama gi jumpa urologist. rupanya batu tu dah turun ke saluran kencing. that's why dok sakit jek perut mama. dr suh buat operation immediately....ops tak la immediate gak coz the next day baru buat operation hehe. mlm tu mama dah start puasa and pagi esoknya mama masuk OT at 10am. Tengahari tu mama ceria je. alhamdulillah...but dah sampai ke petang, dia dah tak berapa selera coz mulut byk ulser. Tak syok la nk makan. Hasilnya kena la masuk air...

next day after dr observed, alhamdulillah mama tak demam and BP pon ok so mama boleh balik. but mama balik with some tube inside dia nye salur kencing. dr kata after a month baru boleh buka.

after balik plak bila mama turun naik tangga jek urine dia ada darah. dia dok risau...kebetulan i ada gi APSH and gi tanya kat receptionist dr tu why jadi camtu. lega bila adik tu cakap its normal. ada yg lagi teruk spanjang tube tu dok dlm badan, depa demam sampai tube tu kuar. kira mama nye kes nih lagi ok la....

semlm mama start sakit perut balik. maybe sebab dia tak boleh nak kunyah food sgt coz ulser dlm mulut dia x elok2 lagi...hope by today everything back to normal.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


507 dan i-gadget  

Tuesday, July 13, 2010

Alhamdulillah at last i dh dpt our transport. Insyaallah cukup la besarnya utk kami anak beranak. I ordered before pegi umrah ari tu but byk sungguh cabaran, sampai abt 2 weeks ++ la kena pinjam keta kak long (thanks to kak long). So on 5th July ari tu kuar la si comel ini dari kedai huhu....

Pastu impian kedua jugak tercapai bila i dh dpt my i-gadget. thanks Abg for your permission hehehe....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 5  

Thursday, July 1, 2010

Hari ni hari terakhir kami kat Madinah. Sayu betul...lps ni tak tau lagi blh sampai. Sayu nak meninggalkan bumi suci n plg sayu nak meninggalkan Rasulullah. Pagi tu lps sarapan, kami pegi Raudhah. Mcm biasa, mmg lama nak tunggu giliran but kami bersabar. Alhamdulillah dpt solat n kali ni lbh dekat dgn makam Rasulullah. Terus baca doa wada'. Lagi la sayu...ya Allah, semoga ziarah ini bukan ziarah terakhir buatku...panggillah kami lagi utk menjadi tetamuMu ya Allah.
Dah selesai kat Raudhah, papa bawak kami gi perkuburan Baqi'. Ingat diorg bwk dlm ziarah but diorg lalu and tunjuk dlm bas je. Baca doa apa yg patut suma utk para syuhadah & sahabat, balik hotel, kemas barang.

Perkuburan Baqi'

Kami bertolak ke Mekah kul 3.30 ptg,lps lunch. Perjalanan mengambil masa plg cepat 6 jam dgn bas. Dalam 15 minit lps bas gerak, kami sampai di Bir Ali untuk miqat kami yang pertama. So dah dalam ihram,kena la jaga pantang larang ihram. Lps tu tido je la. Apalagi nak buat kan coz dlm perjalanan nampak padang pasir n bukit batu je.
Masjid Bir Ali - tempat miqat ~siap ada pokok posang tu hehe
first time kami dalam ihram

Nak dekat masuk Maghrib bas berenti kt satu hentian. Mutawif tu bgtau suh solat n makan disediakan skali.
Punya la ramai orang stop kt situ sampai jammed nak masuk surau dia. They said dlm surau tu x penuh lg but jammed kt pintu masuk. So ada akak ni mana ntah dia jumpa kotak, dia bentang n solat je. I and mama pon tumpang sekaki. Heard they said mcm solat kt arafah plak huhu...new experience. Pas solat, gi kedai yg sediakan dinner for us. Menarik, makan ala2 pak Arab. Nasi n lauk dia bagi dlm satu dulang utk 5 orang makan. Kami ada 4 org,pastu ada sorang brother tu join. Dia ada la bagi pinggan but ada gak yg sporting mkn terus kt dulang hehe. Kami mkn dlm pinggan ler coz brother tu join skali. This is my first nasi arab for this trip. Kat Madinah mmg xde cari makan, just makan kat dewan makan je. Alhamdulillah kenyang. Brother tu pon memula macam cuak nak mkn coz dia tak penah makan nasi arab, skali dia yg abihkan sampai licin hehe...
yummyyyy nasi arab with ayam panggang and ikan talapia goreng garing

After that kami teruskan perjalanan and sampai kat Mekah Mukarramah dalam kul 10.30 waktu sana.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 4  

Wednesday, June 30, 2010

Hari berikutnya kami signed up for ziarah pilihan. Its called ziarah pilihan coz kalo nak pegi,kena bayar extra. Kalo xmo pegi xpe. So apa salahnya bayar SR15, bila lg nk sampai pon x tau kan. So bertolak la kami kul 7 dr hotel.
First kami dibawa ke bekas rumah Saidina Salman AlFarisi. Rumah dia dh tinggal bekas2 termasuk la perigi. Dah dipagar kawasan tu oleh kjaan Saudi coz takut ada yg extreme. Kat keliling kawasan rumah dia ada kebun and still dok ada lagi pagar tanah dr zaman nabi...Subhanallah, betapa kuat diorg nye binaan. But kami melawat n tgk dr dlm bas je.

tinggalan rumah Saidina Salman AlFarisi

After that we went to Gua Uhud. Kt gua ni la, nabi dan 4 sahabat utama baginda, abu bakar, umar, uthman n ali berundur utk mencari strategi baru lps kumpulan pemanah tinggalkan Jabal Rummat when they tot Islam dh menang. They went down utk kutip hasil rampasan perang. Dlm masa tu la kafir Quraish bertindak n bunuh all of them. 4 sahabat menggunakan tubuh bdn diorg sendiri utk membenteng rasul dr diserang musuh n naik ke Gua Uhud. Before sampai gua, serban rasul yg mulia terjatuh ke tanah dekat2 ngan masjid Tikar. Masjid ni pun dh tinggal kesan2 je. Nearby ada satu gua kecik. I masuk dlm gua tu pon muat2 je, x tau la kalo ada sejarah kt situ. Saje je coz x larat nk naik gua Uhud. Setakat tgk dr jauh je. Tinggi sei...
bergambar berlatarbelakngkan Gua Uhud
tinggalan masjid tikar, batu-batan yg agak tinggi kat blkg i tu lerr
dikatakan area sini la serban Rasulullah terjatuh ketika berundur ke Gua Uhud

Lps pada tu kami menuju satu tpt di luar tanah haram. Tpt ni xde kena mengena ngan sejarah but baru2 gak la ditemui oleh org Madinah. Kawasan ni dipanggil lapangan magnet. Kawasan ni tak tau camana ada tarikan magnet. Dia just sampai ke bukit n kena patah balik je. Specialnya tpt ni, bila nk ke arah area ni, bas akan jd sgt berat. Mcm ditarik ke blkg je. But bila nk meninggalkan area ni, driver bas terpaksa tekan brek sampai bau tayar coz bas meluncur dgn sendiri sampai kelajuan 130km. Cuak gak hehe...lps balik dr dataran kami menjalani rutin biasa je la every masa solat gi masjid. Xde plak rasa nk shopping apa2,just beli keperluan mkn minum tambahan je. Yg main dh disediakan.
bergambar di lapangan magnet

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 3  

Saturday, June 26, 2010

Hari ke 2 kt Madinah, kami gi ziarah luar. Memula gi masjid Quba', masjid pertama yg nabi bina di Madinah. On the way,lalu la kt perkuburan Baqi', kuburan org2 Madinah but x singgah. Dapat solat sunat n dhuha kt situ. Masjid ni x besar sgt. So mmg habis solat terus keluar utk beri laluan pd org lain yg nk solat kt situ. Kt Madinah mana2 tpt lawatan mmg x sah kalau xde org meniaga. Suma org Arab skang dh pandai ckp melayu hehe. Halal...halal...lima riyal...

Masjid Quba'

Lps gi masjid Quba' singgah kat ladang tamar. Dia ada kedai jual tamar but mahal sket coz dia dh monopoli kawasan tu. Papa kata kalo nk beli tamar nnt last skali ziarah ni dia akan gi pasar tamar. Driver arab ni bwk rombongan gi ladang ni coz dia dpt komisyen. Kt blkg kedai, diorg sediakan syai (teh), leh minum sambil duduk kt sofa yg disediakan. Diorg blh la ltk sofa kt situ coz Madinah nk hujan pon susah. Kalo buat kt Msia mmg naya la, kejap je dh bertakung air sofa tu. Kami dok minum teh je la.
Ladang tamar nye kedai but sini biasanya harga dia mmg mark-up
semppat minum shai....kt sofa di ladang tamar hehe

After that kami dibawa ke Jabal Uhud, melawat kubur para syuhadah perang Uhud. Lps baca doa utk para syuhadah papa explain sket la. Kuburan syuhadah ni ada 2 part. First part is kubur Saidina Hamzah (pakcik nabi), Saidina Abdullah n Saidina Mus'ab bin Umair ra and 2nd part is kubur syuhadah lain seramai 70 org. Saidina Hamzah mmg terkenal la. Yg menarik kt sini is Saidina Mus'ab, dia anak org kaya di Mekah. Bila dia memeluk Islam, dia dipulau oleh family dia. So dia berhijrah ke Madinah, mengorbankan harta dan kemewahan. Masa nak kapankan dia, bila di tarik kain dia menutup muka, kaki x tertutup (syuhadah dikapan dgn pakaian yg dipakai masa dia syahid). Bila tarik menutup kaki, muka terbuka. Lalu nabi suruh tutup muka dgn kain n kaki dia ditutup dgn daun2 kering. Ini menunjukkan betapa dia sanggup meninggalkan kemewahan dunia sampai hidup susah semata2 fi sabilillah....mulia sungguh dia.
Kuburan asal few hundred metres dr yg ada sekarang. Diceritakan lps 20 tahun kejadian perang Uhud, banjir melanda Madinah. Tanah2 terhakis n terserlah la mayat syuhadah2 tu. So org Madinah pon pindahkan mayat2 td ke kuburan sekarang. Mayat syuhadah ni masih elok mcm baru dikebumi semlm nya. Mayat Saidina Hamzah terkena cangkul masih terpercik darah segar. Itu la istimewanya mati syahid. Masyaallah...
papa tgh explain on sejarah Perang Uhud di depan kuburan para syuhada
ramai betul yang naik atas bukit nih, tak ketinggalan peniaga2 yang sentiasa ada di mana2

Kat situ sempat la i n Abg naik Jabal Rummat (bukit pemanah). Bukit ni tpt group pemanah standby masa perang. But i naik half way je la. X larat sei nak naik atas. Rasa sket2 je panjat bukit tu coz kena jaga gak nnt nk buat umrah kena cergas hehe.
Abih kt Jabal Uhud, kami gi plak kt masjid Qiblataini (Masjid 2 Qiblat). Memula qiblat diarahkan ke Baitul Maqdis then nabi berdoa utk dialihkan qiblat ke Kaabah which is 180 degree beza ngan qiblat asal. Doa baginda diperkenan Allah n Kaabah lah qiblat kita sampai kiamat nnt. Masa masuk solat sunat kt situ mmg byk signboard tunjuk arah qiblat,takut org2 confuse kot.
Lps gi situ, kami dibawa ke Masjid 7 but x berhenti, lalu je. Kisahnya masa perang Khandak kalau x silap, tentera Islam ni terbahagi pd 7 kumpulan,tu psl masjid situ dipanggil masjid 7. Salah satu group tu diketuai oleh Saidina Salma AlFarisi, dia org Iran, org Iran mmg buat parit masa perang. So its his idea to korek parit utk buat kubu during perang Khandak. So bila jemaah Iran dtg masjid tu, diorg terlalu taksub sampai org lalu je diorg tarik suh solat kt situ. Agaknya kerajaan Saudi xmo benda2 khurafat terjadi so rasanya xleh gi situ dh kot. Byk gak kawasan2 yg kjaan Saudi x bg jemaah gi melawat dikhuatiri blh mendtgkan khurafat. Sayang gak tinggalan sejarah tp xleh dilawat. Salah satunya rumah Salman AlFarisi td.
Masjid Qiblatain

Last spot utk ziarah luar is pegi shopping kurma kt pasar tamar. Nama je pasar but suma kedai kt dlm building,mcm kt Langkawi. So beli la sket2 coz papa kata kalau kt Mekah kurma x cantik sgt n mahal. After that balik utk bersiap gi solat Zohor. Suma ziarah mmg planned utk jemaah sempat solat di masjid la. Alhamdulillah, penat sket but puas hati.
Pasar Tamar yang tak macam pasar coz dh dalam building

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 2  

Pukul 6 kt Madinah dh cerah...kami siap2 utk buat ziarah dalam. It means Ziarah dalam masjid Nabawi. Jarak hotel ngan masjid just 300 meter je. So mmg exercise 4 kali sehari pegi balik hotel-masjid. 4 kali coz pegi Maghrib,balik lps Isyak.

berkumpul kat depan hotel before ziarah dalam
sian cameraman ni, kena amik gamba sendiri...
tour guide dah menjalankan 'tugas' dia hehe

Memula jalan n nampak masjid Nabawi, subhanallah....mcm tak percaya i dh berada kt Madinah. Mmg dh tanam niat, x nak gi holiday oversea kalau x sampai tanah suci lagi. Alhamdulillah termakbul. Ni la first oversea holiday i n Abg.
gambar berlatarbelakangkan Masjid Nabawi

Kami terus berjalan menuju pintu masuk utk ke Raudhah. Kt sini pintu masuk mmg sgt byk coz masjid dia sgt la besar....tpt ltk selipar/kasut pun sgt byk. So nk mengelakkan kekonfiusan, i jot down no pintu n rak kasut. Nak masuk Raudhah mmg sesak, Raudhah ni adalah between mimbar masjid n rumah nabi. So the area is very limited. Apalagi belah women, space limited, time pon limited. Pagi time dia kul 7-11 je. So masa i n mama sampai, dh ramai berkumpul kt sana. Skang dia mmg asingkan org2 dr timur tgh, india n asia masuk. Coz dulu dia bagi suma masuk serentak, ada kes org2 asia ni kena tolak n pijak sampai ada yg meninggal. Diorg ni besar n very extreme...esp from India. Tiang2 kt Raudhah tu habis dipeluk cium n meratap kt situ.
At last after bertukar tpt duduk 3 kali, at last sampai gak kt dlm Raudhah....Subhanallah satu perasaan yg sukar digambarkan. Rasa udara tersekat la kt tekak, gembira sgt2. Dpt solat sunat n baca doa half way, mak arab dh suh keluar. X sempat nk jenguk makam Rasulullah. Xpe, insyaallah ada lg peluang kalau diizinNya. Pesanan salam disampai dr kejauhan je. Dh kira bersyukur coz dpt solat kt situ. Everytime solat pon baca doa ziarah makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar n Saidina Umar. Takut2 tak sempat nk gi dekat lg. Kat sini blh kata setiap waktu solat mesti ada solat jenazah. So dh terrer la solat jenazah hehe...experience berharga tu. Susah nk dpt kalo kt Msia coz biasanya org lelaki je solat jenazah.
Lps Raudhah, papa n Abg dtg jemput kt masjid n gi mkn aiskrim kt kedai tepi2 masjid. Sedap aiskrim dia. Masa tu baru kul 9 but dh panas. Kalo berangin, rasa cam dok kt tepi org bakar satay. Mlm pon panas. Bak kata mutawwif tu, kalau panas Mekah, Madinah panas double. Mcm tu gak kalo sejuk, Madinah akan sejuk dua kali ganda dr Mekah.

Hari ni x byk agenda. Lagipun baru sampai. Mmg all the way dlm flight n bas dok tido je tp tido duduk apa lah sgt kan. So balik bilik terus tido sambil tunggu waktu Zohor,pukul 12.20 tgh hari. Asal balik dr masjid, mmg amik kesempatan utk take a nap. Psl masa dia lambat 5 jam dr Malaysia. Waktu Maghrib n Isyak dugaan sket. Maghrib kul 7 which masa malaysia kul 12 mlm. Mata dh merah2 tahan ngantuk esp masa nk tunggu Isyak. Habis Isyak,dinner plak. Tido lbh kurang kul 10.30 - 11 mlm, dh kul 3-4pg kita. Kul 2.30pg dh bangun nak kejar solat Subuh plak. Subuh tu kalau kt Msia dh kul 7.30 la but tido dh lambat, dok ngantuk jugak ler....apa2 pon ini cabaran yg menggembirakan.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 1  

Alhamdulillah impian yg dh lama terpendam terlaksana gak akhirnya. Tarikh keramat 8 Jun 2010, i and Abg, papa n mama berangkat ke Jeddah utk menunaikan umrah. Anak2? Suma anak2 dok kt umah Ablong n kak ain kt alor setar. Insyaallah bila nk gi sana suma urusan dunia ni dipermudahkan. Thanks so much ablong n kak ain. Mak n abah pon dok alor setar sepjg kami xde ni. Mmg sedih nk tinggal diorg. Apalagi Hana baru 5 mths. Tapi insyaallah diorg dipelihara Allah sepjg kami xde, sayang pd Allah n Rasul adalah priority.``

Our flight suppose berlepas at 3pm, but delayed abt 1 hour coz ada satu family, ayah dia sakit. So kapten kapal x sanggup nak tanggung risiko takut anything happen to him. Baru i tau, kalo jd camtu kapten kapal hv the right not to fly them. Mungkin ada hikmah coz kami jumpa the family kt Madinah n the father passed away, innalillah.
Kapal kami transit kt Riyadh sejam, dok dlm kapal je. So total perjalanan jd 10 jam. Pjg betul siang kami ari tu...all the way siang sampai ke Riyadh baru masuk Maghrib. Sib baik gak coz dh siap2 solat jamak kt KLIA. So sampai Jeddah lbh kurang kul 9pm sama ngan kul 2pg Malaysia. Solat siap2 kt Jeddah sebelum naik bas ke Madina Munawwarah.

Riyadh

Nak naik bas ke Madinah

Penat tapi excited....dh lama x naik bas. Perjalanan ke Madinah ambil masa lbh kurang 6 jam, lama betul duduk. Tak lama naik bas, kami berenti kt satu stop ni yg i x pasti nama dia utk dinner...mcm nk sahur dh. Mata ngantuk but always remind myself to eat psl kalo x mkn n sakit nnt lg susah. We ate nasi from Mr Sate, Indonesian food. Nasi, sayur n ayam yg rasa satay,sedap hehe...pastu terukan perjalanan..sampai Madinah kul 5 pg tempatan which is dh terlps waktu jemaah subuh kt masjid. Kt Madinah Subuh dia kul 4pg. So cepat2 la naik bilik n solat. Luggage belakang cerita....ziarah sambung nanti.
makan....jgn x makan....even dah tgh malam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ingat Senang  

Thursday, February 4, 2010

Skang dah ada maid...ingat senang sket nak berblog.... Tapi skang jugak suma bebudak dok umah with Adib and Hana full time kat umah... menjadikan bertambah susah untuk berblog..memandangkan keduanya memerlukan perhatian penuh...ye la, sementara tgh dok umah bercuti ni, gunakan peluang yang ada utk berkasih sayang ngan diorg la...sambil marah2 sayang hehe...

But hopefully at least satu post seminggu pon rasanya dah cukup baik daripada tadak langsung... terus berharap...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Should Or Should Not???  

Thursday, January 28, 2010

Since I got married, i ada maid only after we have 3 kids and satu lagi pasal nk move in to AS. Before that we just sent them to babysitter's house je. But since dah ada maid, memula tu rasa cam senang la but one after another maid in 2 years time ni byk plak halnya, i dh rasa cam kureng sket nak ada maid.

In one way tu mmg senang but musti punya kepala tu agak serabut even sikit. Ntah la, last year
(2008 actually) after delivered to Adib, i got my maid named Ani. She's ok and i lega sangat coz got her during my confinement. Meaning nnt i dh keje dah ada org nak jaga kiddos. But Ani keje with us not even for 1 year with reason her mother passed away so takde org nak jaga anak2 dia. Its quite big impact to us especially Adib coz he really close with Ani. Susah dia nak kat org lain but lelama dia kat nursery tu dh okay and with other people jugak la.

After Ani left, lama gak we all nak dpt new maid apalagi byk kes Indonesia tak bagi their people keje sini bla bla bla. So, after raya we managed to get this maid named Ati. But with Ati's around, i think kepala i bertambah beban lagi ada. Dalam erti kata lain, dia tak boleh buat keje. So with only a week dia keje i hantar balik to agent. Mmg masa tu sakitnya hati...

Last weekend we just got the new maid. So far this maid ok but skang ni i always got the feeling that every maid yg keje won't stay for a long time...tu pasal la kot my heart cam tak comfortable sangat but nak buat suma sendiri tak mampu la kot especially now Abg dah join a new dept and ada time2 dia kena outstation...uhhhh...hope apa yang kami dapat skang is the best for now... still hoping.... hehe

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


ComeBack!! Yeayyyy  

Wednesday, January 27, 2010

Salam...it has been plus minus half year tak menulis kat blog ni. OMG lamanya yek... pregnant kali ni mmg hormon ni xde mood nak menulis ahaks...(alasan la tuh...huhu).

So many things happened dlm masa tak menulis nih...the most things is at last i dpt baby girl new ari tu hehe... hopefully lepas ni akan aktif balik la dunia penulisanku ini ahaks... we'll see ya!

As at now, i tempek dulu gambo my newly member of the family...HANA...


This is my girl..
Just after delivered....
With Abah....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster