Search Th|s Blog

Fizah, UIA and Shell  

Thursday, July 15, 2010

Alhamdulillah hari yang mama discharge ari tu dapat tau result dia and she got 3.91. congrats dik...

petang sket dia dpt call from Shell. dia ada applied for shell nye scholar....alhamdulillah dia dapat offer. byk gak shell bagi duit bulan2...fizah, leh la open table hehehehe....

So, double joy for her and us too.....kira triple for that day plus mama discharge from hospital....

ALHAMDULILLAH......

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Mama dan hospital  

Wednesday, July 14, 2010

Last week mama admitted to APSH. Last time mmg mama ada batu karang dalam buah pinggang but tak la serious. Dr kata batu tu kecik jek, so leh makan ubat and it will disolve. tapi lately nih mama selalu sakit perut. Ari tu after balik umrah mama, papa n fizah balik kg. Suppose diorg balik on Wed (balik sana on Monday) but terpaksa delay sehari coz mama tetiba sakit perut.

So bila dah balik kl papa bawak mama gi jumpa urologist. rupanya batu tu dah turun ke saluran kencing. that's why dok sakit jek perut mama. dr suh buat operation immediately....ops tak la immediate gak coz the next day baru buat operation hehe. mlm tu mama dah start puasa and pagi esoknya mama masuk OT at 10am. Tengahari tu mama ceria je. alhamdulillah...but dah sampai ke petang, dia dah tak berapa selera coz mulut byk ulser. Tak syok la nk makan. Hasilnya kena la masuk air...

next day after dr observed, alhamdulillah mama tak demam and BP pon ok so mama boleh balik. but mama balik with some tube inside dia nye salur kencing. dr kata after a month baru boleh buka.

after balik plak bila mama turun naik tangga jek urine dia ada darah. dia dok risau...kebetulan i ada gi APSH and gi tanya kat receptionist dr tu why jadi camtu. lega bila adik tu cakap its normal. ada yg lagi teruk spanjang tube tu dok dlm badan, depa demam sampai tube tu kuar. kira mama nye kes nih lagi ok la....

semlm mama start sakit perut balik. maybe sebab dia tak boleh nak kunyah food sgt coz ulser dlm mulut dia x elok2 lagi...hope by today everything back to normal.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


507 dan i-gadget  

Tuesday, July 13, 2010

Alhamdulillah at last i dh dpt our transport. Insyaallah cukup la besarnya utk kami anak beranak. I ordered before pegi umrah ari tu but byk sungguh cabaran, sampai abt 2 weeks ++ la kena pinjam keta kak long (thanks to kak long). So on 5th July ari tu kuar la si comel ini dari kedai huhu....

Pastu impian kedua jugak tercapai bila i dh dpt my i-gadget. thanks Abg for your permission hehehe....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Perjalanan Impian : Catatan 5  

Thursday, July 1, 2010

Hari ni hari terakhir kami kat Madinah. Sayu betul...lps ni tak tau lagi blh sampai. Sayu nak meninggalkan bumi suci n plg sayu nak meninggalkan Rasulullah. Pagi tu lps sarapan, kami pegi Raudhah. Mcm biasa, mmg lama nak tunggu giliran but kami bersabar. Alhamdulillah dpt solat n kali ni lbh dekat dgn makam Rasulullah. Terus baca doa wada'. Lagi la sayu...ya Allah, semoga ziarah ini bukan ziarah terakhir buatku...panggillah kami lagi utk menjadi tetamuMu ya Allah.
Dah selesai kat Raudhah, papa bawak kami gi perkuburan Baqi'. Ingat diorg bwk dlm ziarah but diorg lalu and tunjuk dlm bas je. Baca doa apa yg patut suma utk para syuhadah & sahabat, balik hotel, kemas barang.

Perkuburan Baqi'

Kami bertolak ke Mekah kul 3.30 ptg,lps lunch. Perjalanan mengambil masa plg cepat 6 jam dgn bas. Dalam 15 minit lps bas gerak, kami sampai di Bir Ali untuk miqat kami yang pertama. So dah dalam ihram,kena la jaga pantang larang ihram. Lps tu tido je la. Apalagi nak buat kan coz dlm perjalanan nampak padang pasir n bukit batu je.
Masjid Bir Ali - tempat miqat ~siap ada pokok posang tu hehe
first time kami dalam ihram

Nak dekat masuk Maghrib bas berenti kt satu hentian. Mutawif tu bgtau suh solat n makan disediakan skali.
Punya la ramai orang stop kt situ sampai jammed nak masuk surau dia. They said dlm surau tu x penuh lg but jammed kt pintu masuk. So ada akak ni mana ntah dia jumpa kotak, dia bentang n solat je. I and mama pon tumpang sekaki. Heard they said mcm solat kt arafah plak huhu...new experience. Pas solat, gi kedai yg sediakan dinner for us. Menarik, makan ala2 pak Arab. Nasi n lauk dia bagi dlm satu dulang utk 5 orang makan. Kami ada 4 org,pastu ada sorang brother tu join. Dia ada la bagi pinggan but ada gak yg sporting mkn terus kt dulang hehe. Kami mkn dlm pinggan ler coz brother tu join skali. This is my first nasi arab for this trip. Kat Madinah mmg xde cari makan, just makan kat dewan makan je. Alhamdulillah kenyang. Brother tu pon memula macam cuak nak mkn coz dia tak penah makan nasi arab, skali dia yg abihkan sampai licin hehe...
yummyyyy nasi arab with ayam panggang and ikan talapia goreng garing

After that kami teruskan perjalanan and sampai kat Mekah Mukarramah dalam kul 10.30 waktu sana.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster